Saturday, November 22, 2008

SYARAT WAJIB HAJI

Syarat-syarat Haji mengikut Mazhab Syafie

1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.

2. Baligh. Tidak wajib ke atas kanak-kanak.

3. Berakal. Tidak wajib ke atas orang gila.

4. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.

5. Berkemampuan dengan syarat:
  • Mampu menyediakan tambang dan segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadah haji.
  • Mempunyai nafkah yang mencukupi untuk tanggungan yang ditinggalkan.
  • Mempunyai kenderaan pergi dan balik.
  • Selamat perjalanan pergi dan balik.
  • Ada kesempatan masa.
  • Manakala bagi perempuan pula hendaklah bersama mahram atau dua orang perempuan yang boleh dipercayai. Isteri pula perlu mendapat keizinan suami.

UPAH HAJI

Upah haji bermaksud melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain. Upah haji ini harus dilakukan sekiranya seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat wajib menunaikan haji, tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana sebab-sebab tertentu. Hajinya boleh ditunaikan oleh warisnya atau orang lain. Di antara sebab yang mengharuskan haji diwakilkan kepada orang lain ialah;

1. Meninggal dunia.

Seseorang yang telah memenuhi syarat wajib menunaikan haji tetapi tidak melaksanakannya tanpa sebarang halangan atau uzur syar’ie kemudian dia meninggal dunia, kewajipan haji tetap tidak gugur. Ibadah hajinya hendaklah ditunaikan oleh warisnya atau orang lain.

2. Tidak mempunyai keupayaan fizikal.

Orang yang sakit tidak ada harapan sembuh, tua dan sebagainya. Orang lelaki atau perempuan harus menjadi wakil kepada orang lain untuk menunaikan haji, tetapi mereka disyaratkan menunaikan hajinya terlebih dahulu. Orang yang mengupah haji itu boleh tediri daripada orang yang hidup tetapi uzur atau warisnya bagi yang telah meninggal dunia.


Hikmah Upah Haji


1. Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya.


2. Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain menegerjakan haji bagi pihaknya.


3. Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau keluarga yang telah meninggal dunia.

RUKUN HAJI

Rukun-rukun haji ialah amalan-amalan yang apabila diabaikan salah satu daripadanya maka hajinya batal dan tidak boleh ditampung dengan kafarah atau pun fidyah.


1. Niat Ihram


Niat mengerjakan haji mengikut jenis haji:

Haji Tamattu' Dan Haji Ifrad
Lafaznya : Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala

Haji Qiran
Lafaznya : Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah dan aku berihram dengan kedua-duanya kerana Allah Taala


2. Wukuf


• Maksud Wukuf

Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun
dalam sebarang keadaan.

• Waktu Wukuf

Bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah.


• Waktu Afdal Wukuf

Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah


• Syarat Berwukuf
  1. Telah berihram dengan niat haji
  2. Seorang yang ahli beribadat (Tidak Gila/Tidak Mabuk/Tidak Hilang Akal Sepanjang Masa)
  3. Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf


3. Tawaf

Pengertian Tawaf

Mengelil
ingi Kaabah dengan syarat-syaratnya.

Syarat-syarat Tawaf
  1. Suci daripada hadas
  2. Suci badan/pakaian/tempat tawaf daripada najis
  3. Menutup aurat
  4. Bermula pada sudut Al Hajar Aswad, berniat tawaf jika Tawaf Qudum/Wada'/Sunat/Nazar
  5. Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
  6. Berjalan bertujuan tawaf, bukan tujuan lain
  7. Cukup 7 kali keliling dengan yakin
  8. Dilakukan dalam Masjid haram dan di luar Hijir Ismail/Syazarwan

Jenis-jenis Tawaf
  1. Tawaf Rukun
  2. Tawaf Qudum (Selamat Datang)
  3. Tawaf Wada' (Selamat Tinggal)
  4. Tawaf Sunat
  5. Tawaf Nazar


4. Sa'ie

Pengertian Sa'ei
Berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah


Syarat-Syarat Sa'ei
  1. Dilakukan selepas Tawaf Rukun/Tawaf Qudum
  2. Bermula di Bukit Safa, berakhir di bukit Marwah
  3. Cukup 7 kali dengan yakin. Dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa
  4. Hendaklah sampai ke penghujung Sa'ei di Safa dan Marwah
  5. Hendaklah Sa'ei di Batnul Wadi (tempat yang termaklum)
  6. Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Sa'ei


5. Bercukur atau Bergunting

Pengertian Bercukur/Bergunting

Bercukur atau bergunting semasa mengerjakan haji

Cara Melaksanakannya

Mencukur rambut di kepala bagi lelaki atau menggunting rambut di kepala sekurang-kurangnya 3 helai bagi lelaki atau perempuan


Masa Dan Tempat

Selepas melontar Jamratul Aqabah di Mina


Perhatian

Amalan bercukur atau bergunting selepas melontar Jamratul Aqabah dinamakan sebagai Tahallul Awal



6. Tertib Pada Kebanyakan Rukun

Tertib mesti dilakukan di kebanyakan rukun mengikut susunan berikut.

Pertama : Ihram
Ke
dua : Wukuf di Arafah
Ketiga : Tawaf

Keempat : Sa’ie


Bagi bercukur pula, ianya boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas tawaf.

WAJIB HAJI

Setiap wajib haji di bawah mestilah dilakukan jika tertinggal atau tidak melakukan salah satu daripada wajib haji tersebut akan dikenakan dam.


1. Niat ihram di Miqat

• Berniat ihram haji di tempat yang telah ditetapkan oleh syarak.

• Haji Tamattu’
Di Makkah di tempat kediaman atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Arafah.

• Haji Ifrad atau Qiran
Di Miqat Qarnul Manazil atau sebelum sampai Miqat seperti di kompleks atau dalam kapal terbang sebelum bertolak ke Makkah atau di Bir Ali atau sebelum sampai di Bir Ali seperti di tempat kediaman atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Makkah.


2. Bermalam (mabit) di Muzdalifah

Berada di bumi Muzdalifah sepanjang malam hingga pagi ATAU
Berada di bumi Muzdalifah seketika selepas tengah malam.

• Waktu Mabit
Pada malam 10 Zulhijjah

•
Pengecualian Mabit Jika Uzur
• Takut terancam keselamatan diri atau harta

• Menjaga atau menemani orang sakit

• Mencari pekerja atau keluarga yang hilang

• Berpenyakit dan sukar bermalam

• Terpaksa



3. Melontar Jamrah Al'Aqabah


• Waktu Afdal

Pada waktu Dhuha 10 Zulhijjah


• Waktu Diharuskan
Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah

• Syarat-Syarat Melonta
r


i) Hendaklah Melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap Jamrah

ii) Hendaklah Melontar dengan tertib dimulai dari Jamratul Ula, kemudian Jamratul Wusta dan di akhiri di Jamratul Aqabah
iii) Hendaklah Melontar tidak terpesong daripada tujuan lain

iv) Hendaklah Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya
v) Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamarat dengan yakin

vi) Hendaklah Melontar dengan gaya melontar

vii) Hendaklah Melontar dengan tangan

viii) Tertib hari Melontar, bermakna tidak sah Melontar pada hari ke-11, melainkan setelah Melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah Melontar hari ke-12, melainkan sudah Melontar bagi hari ke-11. Begitu juga tidak sah Melontar untuk hari ke-13 kecuali setelah Melontar untuk hari ke-12

ix) Dilarang Melontar untuk orang lain kecuali setelah Melontar ketiga-tiga Jamarat untuk dirinya sendiri



4. Bermalam (mabit) di Mina


Berada di bumi Mina sepanjang malam hingga pagi ATAU
Berada di bumi Mina lebih daripada setengah malam

• Waktu Mabit

Pada malam 11, 12, 13 Zulhijjah


• Pilihan Mabit


i) Boleh bermalam 2 malam (malam 11 dan 12 Zulhijjah)
Dinamakan NAFAR Awal
ii) Boleh bermalam 3 malam (malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah)
Dinamakan NAFAR Thani

• Pengecualian Mabit Jika Uzur

i) Takut terancam keselamatan diri atau harta

ii) Menjaga atau menemani orang sakit

iii) Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
iv) Berpenyakit dan sukar bermalam
v) Terpaksa



5. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari-hari Tasyrik


Melontar Jamrah Pada 11, 12, 13 Zulhijjah (Hari-Hari Tasyriq)
11 Zulhijjah (Hari Tasyriq Pertama)

Urutan:
i) Jamratul Ula

ii) Jamratul Wusta
iii) Jamratul Aqabah


Waktu Afdal
: Selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah


Waktu Haram
: Selepas fajar 11 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
12 Zulhijjah (Hari Tasyriq Kedua) - Nafar Awal

Urutan:
i) Jamratul Ula

ii) Jamratul Wusta
iii) Jamratul Aqabah


Waktu Afdal
: Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah


Waktu Haram
: Selepas fajar 12 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
13 Zulhijjah (Hari Tasyriq Ketiga) - Nafar Thani

Urutan:
i) Jamratul Ula

ii) Jamratul Wusta
iii) Jamratul Aqabah

Waktu Afdal
: Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah


Waktu Haram
: Selepas fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah



6. Tawaf Wida’


Apabila seseorang telah menyempurnakan ibadah hajinya, menyelesaikan segala amalannya dan mahu keluar dari Bumi Makkah, dia wajib melakukan tawaf di Ka’abah iaitu Tawaf Wida’. Setelah Tawaf Wida’ dilaksanakan maka dia tidak boleh lagi tinggal di Makkah, malah hendaklah segera keluar dari situ. Sekiranya dia masih berada disitu tanpa keperluan maka dia wajib mengulangi tawafnya.



7. Meninggalkan perkara larangan dalam masa ihram


Larangan Semasa Ihram

a) Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum

- Lelaki sahaja

b) Menutup kepala atau sebahagian daripadanya
- Lelaki sahaja

c) Menutup muka
- Wanita sahaja

d) Memakai sarung tangan

- Lelaki dan Wanita

e) Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung

- Lelaki dan Wanita

f) Memakai minyak di kepala atau janggut dan semua bulu muka selain daripada tumbuhan di pipi dan di dahi

- Lelaki dan Wanita

g) Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan
- Lelaki dan Wanita

h) Mengerat atau memotong kuku

- Lelaki dan Wanita

i) Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram
- Lelaki dan Wanita

j) Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Haram atau di Tanah Halal
- Lelaki dan Wanita

k) Melakukan pendahuluan persetubuhan

- Lelaki dan Wanita

l) Bersetubuh/berjimak
- Lelaki dan Wanita

m) Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin

- Lelaki dan Wanita

AMALAN SUNAT KETIKA HAJI

Amalan-amalan Sunat Ketika Ihram:

1. Mandi sunat ihram,

2. Mengerat kuku

3. Mencukur atau menanggalkan bulu ketiak, ari-ari, mengandam misai dan rambut,

4. Memakai minyak rambut dan bau-bauan

5. Memakai pakaian berwarna putih,

6. Sembahyang sunat ihram dan

7. Membanyakkan bacaan talbiah selepas berniat haji atau umrah


Amalan-amalan Sunat Ketika Berwuquf:

1. Sembahyang berjemaah

2. Bertalbiah

3. Berdoa
4. Berzikir

5. Membaca al-Quran

6. Sembahyang-sembahyang sunat



Amalan-amalan Sunat Ketika Tawaf:


1. Menghadap Hajar Aswad diwaktu mulai tawaf sambil melakukan istilam (mengucup hajar aswad)

2. Meletakkan pertengahan kain selendang di bawah keyiak kanan dan kedua-dua hujungnya di atas kiri dengan menjadikan bahu kanan terbuka bagi lelaki. Istilah bagi perbuatan ini dinamakan Ittibak.

3. Berjalan cepat, seperti berjalan-jalan anak.

4. Berjalan kaki ketika tawaf (kecuali bagi mereka yang uzur bolehlah diusung)

5. Berturut-turut tujuh kali pusingan tawaf itu.

6. Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.

7. Membaca zikir dan doa.

8. Sembahyang sunat dua rakaat setelah selesai tawaf dan sunat pula sembahyang itu dibelakang Maqam Ibrahim atau di mana-mana sahaja di dalam Masjidil Haram.



Amalan-amalan Sunat Ketika Sa’ie:


1. Perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa mengerjakan sa'ie diantaranya ialah:- 2. Berada dalam keadaan suci, yakni berwuduk,
3. Keluar ke tempat sa'ie dengan melalui pintu safa

4. Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke anak-anak batu bukit dan berdoa,
5. Setiap kali berada di Bukit Safa dan Marwah hendaklah menghadap kiblat ( Baitullah) dan mengangkat kedua belah tangan serta bertakbir 3 kali dan membaca kalimah tauhid.
6. Berlari-lari anak atau berjalan cepat di satu tempat bertanda hijau bagi lelaki.

7. Mualat antara sa'ie dengan tawaf.


Amalan-amalan Sunat Ketika Bercukur:

1. Memulakan bercukur di sebelah kanan, kemudian baru yang kiri,
2. Menghadap kiblat (Ka'bah)
3. Bertakbir serta berdoa,
4. Mengandam misai dan memotong kuku, Bagi orang yang berkepala botak, maka sunat melalukan pisau cukur di atas kepalanya, walaupun tiada berambut.

TAHALLUL

Tahallul bererti membebaskan diri daripada haji dan kewajipannya, juga daripada larangan yang telah ditetapkan ke atasnya.

Waktu tahallul bermula selepas berlalunya pertengahan malam 10 Zulhijjah, iaitu ketika keluar daripada Arafah, selesai bermalam yang diwajibkan di Muzdalifah dan menuju kembali ke Mina. Di sini ada tiga amalan ibadah haji yang penting menunggu iaitu melontar di Jamrah Aqabah, bercukur dan tawaf.

Apabila jemaah haji selesai menyempurnakan dua daripada tiga amalan ini, maka dia telah bertahallul awal. Ia dinamakan tahallul kecil (al-asghar). Dengan ini dia bolehlah melakukan kesemua sepuluh perkara yang diharamkan ketika Ihram. Kecuali yang berkaitan dengan wanita iaitu; jima’, muqaddimah jima’ dan akad nikah. Ini bermakna dia boleh memakai pakaian berjahit, memakai wangian dan sebagainya.

Apabila jemaah haji telah melakukan ketiga-tiga amalan tersebut maka dia telah bertahallul dengan sempurna. Ini dinamakan tahallul besar (al-Akbar). Ini bermakna dia dibenarkan melakukan perkara yang berkaitan dengan wanita, yang tidak dibenarkan sebelum ini .

PERKARA YANG MEROSAKKAN HAJI

1. Tidak melakukan suruhan yang dibenarkan oleh syara’ meninggalkannya dengan syarata membayar fidyah.
2. Meninggalkan satu daripada lima perkara Wajib Haji.

3. Meninggalkan satu daripada Rukun Haji.
4. Melakukan sesuatu yang dilarang ketika Ihram.