Dari segi bahasa Dam bermaksud darah. Sementara dari sudut ibadah haji Dam merupakan denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara Wajib Haji atau Wajib Umrah, atau melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.
Jenis-jenis Dam
1. Tertib Dam yang dibayar mengikut susunan.
2.Ta’dil Dibolehkan membayar mengikut nilai harga Dam.
3.Taqdir Dam yang dibayar mnengikut kadar yang ditentukan mengikut kemampuan.
4.Takhyir Dibolehkan memilih mana-mana jenis Dam yang ditetapkan oleh Syara’.
1. DAM TERTIB DAN TA'DIL
Jenis Kesalahan Persetubuhan yang merosakkan haji, iaitu yang dilakukan sebelum Tahallul Awal atau sebelum selesai kerja-kerja Umrah
Dam Yang Dikenakan
i) Menyembelih seekor unta
ii) Jika tidak berkuasa: Menyembelih seekor lembu
iii) Jika tidak berkuasa: Digantikan dengan 7 ekor kambing
iv) Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram
v) Jika tidak berkuasa: Hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta dan wajib menghabiskan kerja-kerja hajinya atau umrahnya dan wajib qada' pada tahun berikutnya
Atau Tertahan/ditahan oleh musuh dalam perjalanan atau terkepung tidak dapat masuk Mekah sedangkan ia sudah berihram, dengan sebab itu hendaklah dia bertahallul.
Dam Yang Dikenakan
i) Ia hendaklah bertahallul (Ihsar) iaitu menyembelih seekor kambing dan bercukur/bergunting
ii) Jika tidak berkuasa: Hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin di tempat Tahallul
iii) Jika tidak berkuasa: Hendaklah puasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing
2. DAM TERTIB DAN TAQDIR
Jenis Kesalahan
i) Ihram Tamattu' (dengan syarat-syaratnya)
ii) Ihram Qiran (dengan syarat-syaratnya)
iii) Tidak wuquf di Arafah
iv) Tidak melontar Jamrah
v) Tidak bermalam di Mina (dengan syarat-syaratnya)
vi) Tidak bermalam di Muzdalifah (dengan syarat-syaratnya)
vii) Tidak berihram di Miqat
viii) Meninggalkan Tawaf Wada'
ix) Melanggar nazar dalam masa mengerjakan haji
Dam Yang Dikenakan
Menyembelih seekor kibasy atau kambing atau 1/7 daripada lembu atau unta atau kerbau
Jika Tidak Berkuasa
Hendaklah berpuasa 10 hari, 3 hari dimasa haji dan 7 hari apabila ia balik ke tempatnya
Jika Tidak Berdaya Berpuasa
Dengan sebab tua, maka dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (10 cupak)
Jika Tidak Berdaya Juga
Tertanggunglah di atas zimmahnya
3. DAM TAKHYIR DAN TA'DIL
Jenis Kesalahan
Berburu mengusir binatang buruan darat yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau Halal.
Dam Yang Dikenakan
Menyembelih binatang mengikut bandingan binatang yang diburu, kalau rusa bandingannya lembu, kalau kijang bandingannya kambing.
Atau: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah.
Atau: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari.
Atau Mengerat, menebang atau mencabut pokok dalam Tanah Haram Mekah kecuali pokok yang mati (kering)
Dam Yang Dikenakan
Menyembelih binatang mengikut bandingan pokok yang dikerat/ditebang/dicabut, kalau pokok besar bandingannya lembu dan kalau kecil bandingannya kambing
Atau: Membeli makanan dengan nilai harga binatang bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin Mekah
Atau: Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari
4. DAM TAKHYIR DAN TAQDIR
Jenis Kesalahan
i) Membuang/mencabut/menggunting 3 helai rambut atau bulu dari mana-mana anggota
ii) Memakai pakaian yang dilarang dalam ihram dengan sengaja
iii) Mengerat kuku, menanggalkan atau membinasakannya
iv) Memakai bau-bauan dengan sengaja
v) Memakai minyak di kepala/janggut/semua bulu muka selain daripada bulu tumbuhan di pipi dan di dahi dengan sengaja
vi) Melakukan perkara permulaan persetubuhan dengan sengaja
vii) Melakukan persetubuhan selepas selesai Tahallul Awal, tetapi belum selesai Tahallul Kedua dengan sengaja
viii) Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji dengan sengaja
Dam Yang Dikenakan
Menyembelih seekor kambing
Atau
Bersedekah kepada 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak makanan tiap-tiap seorang Atau Berpuasa tiga hari

0 comments:
Post a Comment