Saturday, November 22, 2008

RUKUN HAJI

Rukun-rukun haji ialah amalan-amalan yang apabila diabaikan salah satu daripadanya maka hajinya batal dan tidak boleh ditampung dengan kafarah atau pun fidyah.


1. Niat Ihram


Niat mengerjakan haji mengikut jenis haji:

Haji Tamattu' Dan Haji Ifrad
Lafaznya : Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala

Haji Qiran
Lafaznya : Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah dan aku berihram dengan kedua-duanya kerana Allah Taala


2. Wukuf


• Maksud Wukuf

Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun
dalam sebarang keadaan.

• Waktu Wukuf

Bermula dari gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari 10 Zulhijjah.


• Waktu Afdal Wukuf

Berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah


• Syarat Berwukuf
  1. Telah berihram dengan niat haji
  2. Seorang yang ahli beribadat (Tidak Gila/Tidak Mabuk/Tidak Hilang Akal Sepanjang Masa)
  3. Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu Wuquf


3. Tawaf

Pengertian Tawaf

Mengelil
ingi Kaabah dengan syarat-syaratnya.

Syarat-syarat Tawaf
  1. Suci daripada hadas
  2. Suci badan/pakaian/tempat tawaf daripada najis
  3. Menutup aurat
  4. Bermula pada sudut Al Hajar Aswad, berniat tawaf jika Tawaf Qudum/Wada'/Sunat/Nazar
  5. Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
  6. Berjalan bertujuan tawaf, bukan tujuan lain
  7. Cukup 7 kali keliling dengan yakin
  8. Dilakukan dalam Masjid haram dan di luar Hijir Ismail/Syazarwan

Jenis-jenis Tawaf
  1. Tawaf Rukun
  2. Tawaf Qudum (Selamat Datang)
  3. Tawaf Wada' (Selamat Tinggal)
  4. Tawaf Sunat
  5. Tawaf Nazar


4. Sa'ie

Pengertian Sa'ei
Berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah


Syarat-Syarat Sa'ei
  1. Dilakukan selepas Tawaf Rukun/Tawaf Qudum
  2. Bermula di Bukit Safa, berakhir di bukit Marwah
  3. Cukup 7 kali dengan yakin. Dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa
  4. Hendaklah sampai ke penghujung Sa'ei di Safa dan Marwah
  5. Hendaklah Sa'ei di Batnul Wadi (tempat yang termaklum)
  6. Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Sa'ei


5. Bercukur atau Bergunting

Pengertian Bercukur/Bergunting

Bercukur atau bergunting semasa mengerjakan haji

Cara Melaksanakannya

Mencukur rambut di kepala bagi lelaki atau menggunting rambut di kepala sekurang-kurangnya 3 helai bagi lelaki atau perempuan


Masa Dan Tempat

Selepas melontar Jamratul Aqabah di Mina


Perhatian

Amalan bercukur atau bergunting selepas melontar Jamratul Aqabah dinamakan sebagai Tahallul Awal



6. Tertib Pada Kebanyakan Rukun

Tertib mesti dilakukan di kebanyakan rukun mengikut susunan berikut.

Pertama : Ihram
Ke
dua : Wukuf di Arafah
Ketiga : Tawaf

Keempat : Sa’ie


Bagi bercukur pula, ianya boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas tawaf.

0 comments: