Saturday, November 22, 2008

UPAH HAJI

Upah haji bermaksud melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain. Upah haji ini harus dilakukan sekiranya seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat wajib menunaikan haji, tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana sebab-sebab tertentu. Hajinya boleh ditunaikan oleh warisnya atau orang lain. Di antara sebab yang mengharuskan haji diwakilkan kepada orang lain ialah;

1. Meninggal dunia.

Seseorang yang telah memenuhi syarat wajib menunaikan haji tetapi tidak melaksanakannya tanpa sebarang halangan atau uzur syar’ie kemudian dia meninggal dunia, kewajipan haji tetap tidak gugur. Ibadah hajinya hendaklah ditunaikan oleh warisnya atau orang lain.

2. Tidak mempunyai keupayaan fizikal.

Orang yang sakit tidak ada harapan sembuh, tua dan sebagainya. Orang lelaki atau perempuan harus menjadi wakil kepada orang lain untuk menunaikan haji, tetapi mereka disyaratkan menunaikan hajinya terlebih dahulu. Orang yang mengupah haji itu boleh tediri daripada orang yang hidup tetapi uzur atau warisnya bagi yang telah meninggal dunia.


Hikmah Upah Haji


1. Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya.


2. Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain menegerjakan haji bagi pihaknya.


3. Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau keluarga yang telah meninggal dunia.

0 comments: