Saturday, November 22, 2008

TAHALLUL

Tahallul bererti membebaskan diri daripada haji dan kewajipannya, juga daripada larangan yang telah ditetapkan ke atasnya.

Waktu tahallul bermula selepas berlalunya pertengahan malam 10 Zulhijjah, iaitu ketika keluar daripada Arafah, selesai bermalam yang diwajibkan di Muzdalifah dan menuju kembali ke Mina. Di sini ada tiga amalan ibadah haji yang penting menunggu iaitu melontar di Jamrah Aqabah, bercukur dan tawaf.

Apabila jemaah haji selesai menyempurnakan dua daripada tiga amalan ini, maka dia telah bertahallul awal. Ia dinamakan tahallul kecil (al-asghar). Dengan ini dia bolehlah melakukan kesemua sepuluh perkara yang diharamkan ketika Ihram. Kecuali yang berkaitan dengan wanita iaitu; jima’, muqaddimah jima’ dan akad nikah. Ini bermakna dia boleh memakai pakaian berjahit, memakai wangian dan sebagainya.

Apabila jemaah haji telah melakukan ketiga-tiga amalan tersebut maka dia telah bertahallul dengan sempurna. Ini dinamakan tahallul besar (al-Akbar). Ini bermakna dia dibenarkan melakukan perkara yang berkaitan dengan wanita, yang tidak dibenarkan sebelum ini .

0 comments: