Saturday, November 22, 2008

WAJIB HAJI

Setiap wajib haji di bawah mestilah dilakukan jika tertinggal atau tidak melakukan salah satu daripada wajib haji tersebut akan dikenakan dam.


1. Niat ihram di Miqat

• Berniat ihram haji di tempat yang telah ditetapkan oleh syarak.

• Haji Tamattu’
Di Makkah di tempat kediaman atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Arafah.

• Haji Ifrad atau Qiran
Di Miqat Qarnul Manazil atau sebelum sampai Miqat seperti di kompleks atau dalam kapal terbang sebelum bertolak ke Makkah atau di Bir Ali atau sebelum sampai di Bir Ali seperti di tempat kediaman atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Makkah.


2. Bermalam (mabit) di Muzdalifah

Berada di bumi Muzdalifah sepanjang malam hingga pagi ATAU
Berada di bumi Muzdalifah seketika selepas tengah malam.

• Waktu Mabit
Pada malam 10 Zulhijjah

Pengecualian Mabit Jika Uzur
• Takut terancam keselamatan diri atau harta

• Menjaga atau menemani orang sakit

• Mencari pekerja atau keluarga yang hilang

• Berpenyakit dan sukar bermalam

• Terpaksa



3. Melontar Jamrah Al'Aqabah


• Waktu Afdal

Pada waktu Dhuha 10 Zulhijjah


• Waktu Diharuskan
Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah

• Syarat-Syarat Melonta
r


i) Hendaklah Melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap Jamrah

ii) Hendaklah Melontar dengan tertib dimulai dari Jamratul Ula, kemudian Jamratul Wusta dan di akhiri di Jamratul Aqabah
iii) Hendaklah Melontar tidak terpesong daripada tujuan lain

iv) Hendaklah Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya
v) Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamarat dengan yakin

vi) Hendaklah Melontar dengan gaya melontar

vii) Hendaklah Melontar dengan tangan

viii) Tertib hari Melontar, bermakna tidak sah Melontar pada hari ke-11, melainkan setelah Melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah Melontar hari ke-12, melainkan sudah Melontar bagi hari ke-11. Begitu juga tidak sah Melontar untuk hari ke-13 kecuali setelah Melontar untuk hari ke-12

ix) Dilarang Melontar untuk orang lain kecuali setelah Melontar ketiga-tiga Jamarat untuk dirinya sendiri



4. Bermalam (mabit) di Mina


Berada di bumi Mina sepanjang malam hingga pagi ATAU
Berada di bumi Mina lebih daripada setengah malam

• Waktu Mabit

Pada malam 11, 12, 13 Zulhijjah


• Pilihan Mabit


i) Boleh bermalam 2 malam (malam 11 dan 12 Zulhijjah)
Dinamakan NAFAR Awal
ii) Boleh bermalam 3 malam (malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah)
Dinamakan NAFAR Thani

• Pengecualian Mabit Jika Uzur

i) Takut terancam keselamatan diri atau harta

ii) Menjaga atau menemani orang sakit

iii) Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
iv) Berpenyakit dan sukar bermalam
v) Terpaksa



5. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari-hari Tasyrik


Melontar Jamrah Pada 11, 12, 13 Zulhijjah (Hari-Hari Tasyriq)
11 Zulhijjah (Hari Tasyriq Pertama)

Urutan:
i) Jamratul Ula

ii) Jamratul Wusta
iii) Jamratul Aqabah


Waktu Afdal
: Selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah


Waktu Haram
: Selepas fajar 11 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
12 Zulhijjah (Hari Tasyriq Kedua) - Nafar Awal

Urutan:
i) Jamratul Ula

ii) Jamratul Wusta
iii) Jamratul Aqabah


Waktu Afdal
: Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah


Waktu Haram
: Selepas fajar 12 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah
13 Zulhijjah (Hari Tasyriq Ketiga) - Nafar Thani

Urutan:
i) Jamratul Ula

ii) Jamratul Wusta
iii) Jamratul Aqabah

Waktu Afdal
: Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah


Waktu Haram
: Selepas fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah



6. Tawaf Wida’


Apabila seseorang telah menyempurnakan ibadah hajinya, menyelesaikan segala amalannya dan mahu keluar dari Bumi Makkah, dia wajib melakukan tawaf di Ka’abah iaitu Tawaf Wida’. Setelah Tawaf Wida’ dilaksanakan maka dia tidak boleh lagi tinggal di Makkah, malah hendaklah segera keluar dari situ. Sekiranya dia masih berada disitu tanpa keperluan maka dia wajib mengulangi tawafnya.



7. Meninggalkan perkara larangan dalam masa ihram


Larangan Semasa Ihram

a) Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum

- Lelaki sahaja

b) Menutup kepala atau sebahagian daripadanya
- Lelaki sahaja

c) Menutup muka
- Wanita sahaja

d) Memakai sarung tangan

- Lelaki dan Wanita

e) Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung

- Lelaki dan Wanita

f) Memakai minyak di kepala atau janggut dan semua bulu muka selain daripada tumbuhan di pipi dan di dahi

- Lelaki dan Wanita

g) Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan
- Lelaki dan Wanita

h) Mengerat atau memotong kuku

- Lelaki dan Wanita

i) Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram
- Lelaki dan Wanita

j) Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Haram atau di Tanah Halal
- Lelaki dan Wanita

k) Melakukan pendahuluan persetubuhan

- Lelaki dan Wanita

l) Bersetubuh/berjimak
- Lelaki dan Wanita

m) Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin

- Lelaki dan Wanita

0 comments: